14/03/2013

.keluhan isi hati padaMu

Ya Allah,
Aku mohon kepadamu,
Kuatkanlah aku,
Tabahkanlah aku, andai itu ujianMu untuk aku.
Tapi andai benar ujian itu untuk aku,
Terlalu berat untuk aku tempuh Ya Allah.
Kuatkanlah imanku padaMu.
Tetapkanlah hatiku untukMu,
Aku mahu berubah,
Istiqamahkan aku hanya untukMu.
Mati hidupku hanya untukMu,
Sedarkanlah aku tika aku masih tunduk memohon dariMu,
Ayah dan Mama aku.
Rahmatilah mereka.
Sungguh aku rindu pada mereka saat ini.
Jagakan mereka untuk aku Ya Allah.
Lemahnya aku,
Hukumlah aku dengan apa yang aku mampu terima,
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui.
Kuatkanlah hati aku.
Teguhkan hati aku.

aku hamba yang lemah dan banyak dosa.

1 comment:

Anonymous said...

hijrah itu bukan untuk sesiapa melainkan kpd mereka yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dengan izin Allah.

usaha untuk jadi lebih baik!

Jika hati disapa utk berubah kali pertama, maka jangan dibiarkan kerana ketukan kali kedua itu belum tetntu jadi milik anda.

Jangan dibiarkan sapaan Allah untuk berubah takut nanti mati kita tiada kemana melainkan nekara Seksaan Allah.

Ya, mereka yang mati dalam keadaan syahadah itu dijanjikan syurga.ya . mereka! tetapi, adakah kita salah seorang drpd mereka? Tanya hati.

ADAKAH KITA SALAH SEORANG DRPD MEREKA?

perkara yg paling mudah dilakukan selepas berhijrah adalah soal aurat tambah lagi bagi merekah yang bergelar muslimin. InsyaAllah, suatu hari nanti perasaan itu menjadi milik anda. insyaAllah.

Amin.