21/03/2012

.angin

angin,
malam ini tolong aku sampaikan pesanan buat dia.
tolong angin khabarkan pada dia,
bahawa aku sangat merindui dia.
tapi rindu ini tak akan buat diri aku lalai pada Sang Pencipta.
kerana,
dengan rindu ini,
aku gagahkan diri untuk aku teruskan hidup aku dengan gembira.

angin,
tolong aku usap lembut dia yang aku rindu,
tika dia perlukan usapan halusmu untuk tenangkan dia.
tika dia keluh kesah memikirkan masalahnya.
kerana,
diri ini belum berhak untuk menenangkan dia.

angin,
tolong aku keringkan air mata dia,
tika dia menangis kesedihan.
tika dia rindukan keluarganya.
kerana,
diri ini hanya mampu memandang sayup dari jauh.

angin,
terbanglah, pergilah,
jadilah ribut tika perlu, jadilah angin pantai tika masanya.

bawalah pesanan aku untuk dia.

1 comment:

A-N said...

Alangkah bahagianya kalau macam ni :)