28/04/2011

.crickets

haters are like crickets. crickets make a lot of noise, you hear it but you can;t see them. then right when you walk by them, they're quite.

27/04/2011

.expectation

in life, don't expect anything from anyone.
because expectation, when not fulfilled, gives you pain.

when you get something without expecting it, it gives you pleasure.

25/04/2011

.the real thing

when a boy take care of a girl, she thinks its Friendship.
but the real thing is Love.

.John F. Kennedy

do not pray for easy lives, pray to be a stronger man.

John F. Kennedy.

.alasan

kalau kita terus beralasan,
bila kita aka berubah?

24/04/2011

.cukup hanya begini

fakta lelaki;
bila lelaki jadi makin matang dan mula kenal dunia,
paras rupa perempuan tak lagi jadi faktor utama,
yang paling penting ialah lelaki rasa selesa bila bersama perempuan tu.
dan perempuan tu boleh buat lelaki itu rasa bahagia.
sekadar sedap mata memandang.
lelaki matang lebih suka perempuan yang matang, mampu jaga diri sendiri.
perempuan yang mampu paham lelaki juga penting.

23/04/2011

.ini lebih baik

berbicaralah ketika kamu yakin kebenarannya,
diamlah jika hatimu masih rumit memahami segalanya.

22/04/2011

.kitab Allah

bila kali terakhir kita buka kitab Allah dan baca kitab suci itu?
malu tidak pada diri-sendiri?

renung-renungkanlah.

20/04/2011

.morning peeps!

morning!
let the rain wash away all the pain of yesterday.

moga-moga.

.you would

everyday,
i fight back the urge to text you or call you telling myself that if you wanted to talk to me, you would.

19/04/2011

.dendam

aku tak pernah menyimpan dendam,
jauh sekali untuk membalas dendam.

yang lepas tu sudah-sudahlah.

.ambil berat

kau suruh aku pergi jauh-jauh dari kau.
lalu,
aku pergi bawa diri aku jauh-jauh dari kau.
tapi aku masih dan sentiasa ambil berat pasal kau.
walau dalam hati.
jaga diri kau baik-baik kat tempat orang dan moga sentiasa gembira.

18/04/2011

.seorang ayah 2

tiada apa yang lebih membanggakan seorang ayah, melihat anak lelakinya mampu menjadi imam solat untuk keluarga dan mengharap anak lelakinya mampu menjadi imam solat jenazah untuknya tika dia tiada suatu hari nanti. sesungguhnya tiada yang lebih baik selain mengimamkan jenazah ayah sendiri. 

moga diri mampu jadi sebaik itu.

17/04/2011

.seorang ayah 1

tiada apa yang lebih membanggakan seorang ayah, melihat anak perempuannya berakhlak baik dan pandai menjaga aurat sesempurna yang mungkin.

.semua kena cukup

seseorang manusia harus cukup bersikap rendah hati untuk mengetahui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan dan kegagalannya.

16/04/2011

.final exam

sebenarnya, 
tiada istilah genius atau punya IQ tinggi,
kalau kau study awal,
pandai bahagi masa,
masa hadap notes lagi lama dari hadap fesbuk,
pandai ramal soalan final,
jawab soalan latihan final berkilo-kilo,
dan tak sakit perut masa jawab final.
insya Allah, kau akan score dean list.


mood study untuk final.

15/04/2011

.hati bergelar manusia

titik hitam dalam hati timbul bila seorang hamba melakukan satu dosa.
titik hitam akan terus berganda sehingga boleh menutupi terus hatinya dari menerima cahaya,
jika perbuatan dosa itu terus diulang-ulang.
hati menjadi hitam dan kotor,
hilanglah keinginan untuk membuat kebaikan malah hati tadi terus condong ke arah kejahatan.
hati yang hitam dan kotor adalah kerana dosa.
carilah cara untuk menyucikan hati.
jadilah hamba yang betul-betul punya hati seorang hamba bergelar manusia,
iaitu hati yang takut untuk mendekati dosa.

.karat hati

sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.
dan apakah pembersihnya?
banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.

.hati

sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.
jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya.
tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor,
maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya,
daging yang dimaksudkan ini adalah hati.

semua orang tahu.
tapi berapa ramai orang yang jaga hati mereka?

14/04/2011

.berubah

kata-kata dari seorang sahabat;
tak susah nak berubah jadi baik,
tapi susah untuk nak kekal jadi baik.
faham?

12/04/2011

.Palestine

two is enough for three.
three is enough for four.

renung-renungkanlah.

.tak semestinya

mengalah tak semestinya kalah.
maaf tak semestinya salah.

mengerti?

11/04/2011

.aku perlu ketenangan

pukul 3 pagi;
tak mampu nak lelap mata.
Allah merindui aku.
kerana aku semakin jauh dari-Nya.
hati makin hari,
makin dipenuhi daki-daki hitam.
Ya Allah,
lindungilah hambamu yang hina ini,
agar tidak jauh terpesong.
aku mohon agar aku istiqamah padaMu Ya Allah.
moga dikabulkan.

10/04/2011

.peringatan

walau kuat mana seorang perempuan itu,
walau tabah mana pun seorang perempuan itu,
seorang perempuan tetap perlukan seorang lelaki.
untuk dibelai,
untuk dimanja,
untuk dijaga,
untuk berkongsi masa suka dan duka,
kerana,
perempuan dan lelaki saling melengkapi.
nafsu itu satu momentum untuk saling melengkapi.
perlu dikawal,
perlu dijaga.
agar tidak dilaknat Yang Maha Esa.

.rupa

ada apa pada rupa?
kalau hati macam celaka?

09/04/2011

.pilih rupa dari hati

seorang perempuan tidak mungkin bersyukur apa yang sudah ada di depannya.
dicarinya lagi yang lebih sempurna.
untuk apa?
untuk kepuasan mata melihat?
mungkin.
sudah puas melihat perempuan yang lebih memilih rupa dari hati.
bosan.
perempuan,
bilakah mahu berubah?

.jawapan

bila aku lihat kau,
renung kau dalam-dalam.
tengok mata kau.
jawapannya aku masih mahukan kau.

08/04/2011

.seorang kawan

walau sebaik mana pun seorang kawan itu,
walau serapat mana pun.
seorang kawan tak mampu menolong diri kita.
semuanya bergantung pada diri.
yakin dan percaya diri itu lebih bagus dari seorang kawan.

.dari hati

aku menulis bukan menagih simpati.
tapi sekadar meluah rasa pendam dalam hati.
jauh sekali untuk cari populariti.
aku menulis ikhlas dari hati.

07/04/2011

.vice versa

the joy of happiness strikes when you see the one you love is happy and you are apart of the happiness.
unfortunately,
its vice versa for me.
seeing the one i love is happy and i not even can be apart of the happiness.

derita tambah pura-pura bahagia.

06/04/2011

.hidup dunia sementara

malam dan siang silih berganti,
petanda masa berlalu pergi.
perginya detik seiring hilangnya usia dimamah masa,
petanda diri semakin dekat dengan hari itu.
hilanglah seri dunia tanpa gembira,
moga dapat bertemu dengan-Nya dengan rasa lapang.
adakah kita akan mulia atau hina selama-lamanya,
sedangkan akhirat itu kekal abadi sebagai pembalasannya.

kau gah di dunia, tak semestinya kau gah di alam kekal abadi.

.yakinlah

Allah have better plan for us.
bila kau tak dapat benda yang kau idam,
jangan cepat mengeluh dan mengalah.
kerana Allah itu Maha Mengetahaui mana yang lebih baik untuk kau.
sabarlah dan yakinlah dengan janji Allah.

.kasih ibu bapa

kasih ibu bapa memang tak dapat ditukar ganti. 
tengah mengalaminya sekarang.
air mata menitis.
betapa ambil beratnya mereka tentang diri ini.
motivasi untuk belajar sungguh-sungguh hanyalah demi mereka.
untuk melihat senyuman mereka.
Ya Allah,
terima kasih kerana berikan aku ibu bapa yang cukup sempurna buat aku.
sekali lagi,
air mata menitis.

04/04/2011

.sifat laki-laki

fakta lagi;
setinggi-tinggi Ego si laki-laki,
akan jatuh gedebuk juga ke tanah kerana seorang perempuan itu.
perempuan yang akan buat si laki-laki gadai apa saja untuk milikinya.
hanya untuk seorang perempuan itu.
perempuan itu seorang.
singular.

.sifat perempuan

fakta;
ketahuilah bahawa perempuan itu hebat sifat curiousnya.
hebat maksudnya banyak, tebal, tinggi dan yang sama maksud dengannya.

laki-laki, waspada!

03/04/2011

.mak bapak

apa guna punya awek atau pakwe andai kalau ada masalah,
kau bagitau mak bapak kau jugak.
bodoh!

02/04/2011

.worst thing

the worst thing is holding on to someone who doesn't want to be held on to.

it's very-very hurt.

.setia

hati selalu berkata;
apa guna setia jika hanya sia-sia?

.kebaikan hati

yakinlah bahawa dalam hati setiap manusia punya kebaikan walau sebesar biji sawi.

.move on

dulu aku gelakkan member aku sebab dah 2 tahun still tak boleh move on.
sekarang,
kena atas batang hidung sendiri.
aku gelak diri aku sendiri.

01/04/2011

.lebih baik diam

banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bercakap tidak semestinya cerdik.
kerana percakapan itu ukan satu fikiran.
orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang bercakap.